https://scholar.google.com/citations?user=z23idH4AAAAJ&hl=en https://www.researchgate.net/prof

Thursday, 8 December 2011

Menyusur Alam 2011


SISTEM TAGAL KG. LUANTI BARU...
"BUKAN SEKADAR URUTAN IKAN"
IA LEBIH DARIPADA YANG TERSURAT
KERANA NILAI ITU TERCIPTA DARIPADA RASA
BUKAN MATA SEMAT
TIDAK TERUNGKAP JUA OLEH KATA

DI SEBALIK RASA ADA MAKNA
BACALAH DARI RASA
BUKAN DARI MATA
BUKAN URUTAN IKAN SEMATA-MATA
DI SANA ADA RAHSIA
BELAJARLAH DARI RASA

NANTI KAU TAU
ITU BUKAN SEKADAR URUTAN IKAN
MAKNANYA LEBIH DARIPADA YANG NYATA
DI SANA ADA KUNCI ANTARA MANUSIA DAN ALAM







CONGRATULATIONS !

CONGRATULATIONS TO MY GRADUATED SISTERS AND BROTHER OF GEOUMS IN 2011 UMS CONVOCATION...ALL THE BEST!

Monday, 19 September 2011

WAKTU KULIAH BARU AG20603 GEOMORFOLOGI:

SELASA, 10 PAGI HINGGA 1 PETANG....TEMPAT KULIAH: MAKMAL GIS TINGKAT BAWAH BANGUNAN SSS, UMS.

(1) HANYA PELAJAR YANG MENDAFTAR DAN NAMANYA TERSENARAI DALAM SENARAI PELAJAR (YANG DIKELUARKAN DI SMP) SAHAJA DIBENARKAN UNTUK MENGIKUTI KULIAH.

(2) JIKA NADA HADIR TETAPI TIDAK MENDAFTAR, ATAU JIKA NAMA ANDA TIADA DALAM SENARAI TETAPI MASIH HADIR, ANDA TIDAK AKAN 'DINILAI UNTUK PEMARKAHAN WALAUPUN MENGUKUTI KESELURUHAN KURSUS DAN PENILAIAN.

(3) KULIAH BERMULA ESOK 20/9/2011

(4) JIKA ANDA MENGHADAPI MASALAH BERKAITAN WAKTU KULIAH, ANDA DICADANGKAN MENDAFTAR KURSUS LAIN YANG LEBIH SESUAI DENGAN JADUAL ANDA.

HARAP MAKLUM

Friday, 11 March 2011

Kerja lapangan dan khidmat komuniti terakhir bagi BAKAL GRADUAN GEOUMS 2011 d Kg. Luanti Baru

PENGUMUMAN PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR

TARIKH MULA: 12/9/2011

PELAJAR BOLEH MENYEMAK JADUAL KULIAH SEMESTER 1 SESI 2011/2012 DI http://bpa.ums.edu.my

TEMPOH GUGUR TAMBAH KURSUS: 12-SEPTEMBER HINGGA 2 OKTOBER 2011

TEMPOH TARIK DIRI KURSUS: 3 OKTOBER HINGGA 4 NOVEMBER 2011 (DILAKUKAN DI KAUNTER BPA SAHAJA)

TEMPOH TANGGUH PENGAJIAN : 12 SEPTEMBER HINGGA 25 NOVEMBER 2011 (DI PEJABAT DEKAN SEKOLAH SAHAJA)

HUBUNGAN 088320000 EXT: 1771 UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Kerja lapangan dan khidmat komuniti terus menjadi budaya Program Geografi UMS: Kali ini di bumi Kelah...Kg. Luanti Baru


Gambar sumbangan: Saudari Fareha

Khidmat Komuniti dan Kerja Lapangan merupaknan tradisi bagi mahasiswa/i program Geografi, Sekolah Sains sosial, Universiti Malaysia Sabah bagi mempersiapkan diri bakal graduan dari segi pengetahuan dan kemahiran insaniah, di samping memupuk hubungan universiti dengan komuniti serta industri. kali ini, kumpulan mahasiswa/i ini telah berkunjung ke kawasan sistem Tagal di Kg. Luanti Baru, Ranau, Sabah.

Dalam program selama tiga hari itu, mahasiswa/i tahun akhir ini telah menjalankan inventori asas pokok-pokok yang diutilitasikan oleh masyarakat tempatan, manakala pengetahuan tradisi masyarakat telah dicatatkan. Kumpulan ini juga telah membantu menanam pokok yang telah disumbangkan oleh pihak Universiti Malaysia Sabah, melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar, menerusi Kelab Geografi, sekolah Sains Sosial sebagai membantu meningkatkan nilai estetika lanskap hijau di kawasan yang terkenal dengan sistem Tagal itu. Manakala, pelajar juga telah membantu menanda pokok-pokok yang mempunyai kegunaan kepada masyarakat tempatan, dengan nama tempatan dalam meningkatkan produk pelancongan itu untuk 'pelancongan pendidikan'. Sebagai satu platform untuk membantu mewujudkan kesedaran cinta kepada sungai khususnya dan alam sekitar umumnya, generasi muda tidak dilupakan, program pendidikan alam sekitar telah dijalankan kepada kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun.

Perasmian program ini telah dilaksanankan oleh Setiausaha sulit kepada YB. Datuk Dr. Ewon Ebin, iaitu En. Dalius Ubin. Mahasiswa juga sangat bertuah kerana telah didedahkan dengan kaedah pengurusan sungai mengikut model Luanti yang telah disampaikan sendiri oleh Pengerusi Tagal, En. Jeffrin Majangki yang juga merupakan BAPA TAGAL.

Pada akhir program, pelajar akan menyediakan laporan lapangan dan dan juga laporan khidmat komuniti yang telah dijalankan. Program ini telah berjaya dilaksanankan dengan usaha gigih kumpulan mahasiswa/i ini, dengan sokongan Universiti Malaysia Sabah, khususnya Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Sekolah Sains Sosial, Program Geografi dan juga komitmen komuniti Kg. Luanti Baru, khususnya jawatankuasa Tagal. Semoga budaya ini akan diteruskan demi kebaikan semua pihak.

Tahniah kepada pengarah program Saudara Churchill dan juga kumpulan mahasiswa/i daripada kelab geografi ini.

(^_^)

Monday, 24 January 2011

Tahniah kepada Pelajar HA18 yang Mendapat Anugerah Dekan

Eveynne Galigeh
Alexander Minsong
Nooraiza Anak Antie
Sofian Bin Mohd Daud
Ramatang Kassim
Ming Juaping
Ravani A/P Latchumanan

Tahniah!
Teruskan kecemerlangan...

Tuesday, 11 January 2011

KURSUS BIOGEOGRAFI SOSIAL DAN KURSUS DINAMIKA PINGGIR PANTAI

KURSUS TERSEBUT DI ATAS AKAN DIMULAKAN PADA MINGGU KEDUA.
KELAS IALAH BS1.6

TERIMA KASIH

KETUA PROGRAM BARU

SALAM DAN SALAM SEJAHTERA PARA PELAJAR GEOUMS HA18

KETUA PROGRAM YANG BARU IALAH DR. ALIAKBAR GULASAN.
SEBARANG PERTANYAAN TENTANG PROGRAM SILA BERJUMPA DENGAN BELIAU.

TERIMA KASIH.