Tahniah kepada pelajar AG20803 kerana telah menganjurkan pameran ini dengan jayanya.
Terima kasih kepada semua warga Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan yang sudi singgah dan memberikan komen dan saranan.
Sesungguhnya tujuan program ini adalah untuk berkongsi dapatan dan maklumat berkaitan sistem biosfera berdasarkan kajian kes di kawasan kajian yang dipilih. Program ini diyakini dapat memupuk kesedaran tentang nilai sumber daripada sistem biosfera. Ini juga sebagai langkah awal bagi mendedahkan pelajar kepada kemahiran penyampaian maklumat berkesan serta komunikasi yang efektif. Semoga ini dapat membekalkan pelajar dengan ilmu dan pengalaman dalam menghadapi dunia pekerjaan kelak.
"Mulakan yang kecil untuk memperolehi yang besar"