https://scholar.google.com/citations?user=z23idH4AAAAJ&hl=en https://www.researchgate.net/prof

Saturday, 24 December 2016

Seminar Sains Ruang dan Teknologi Maklumat


Seminar Sains Ruang dan Teknologi Maklumat 2016

Tahniah kepada warga Geografi Universiti Malaysia Sabah (HA18) kerana telah berjaya mennganjurkan seminar ini dan membentangkan kertas kerja hasil kajian lapangan 2016.

Semoga memberi inspirasi dan manfaat !!! 

Wednesday, 31 August 2016

Kajian kes dan Khidmat Masyarakat

Kajian kes dan Khidmat Masyarakat 
AG31003 Biogeografi Sosial
Sentiasa menjanjikan pengajaran dan pembelajaran berbentuk aplikasi dan perkongsian maklumat

Pelajar Tahun 3 program Geografi dan pelajar elektif yang mengikuti kursus AG31003 Biogeografi Sosial menjalankan aktiviti pameran bagi tujuan menyampaikan maklumat dan  berkongsi hasil kajian yang berkaitan dengan utilitarian sumber semulajadi oleh masyarakat. 

Tahniah kepada pelajar yang telah berjaya dalam penganjuran ini dan terima kasih kepada pensyarah dan warha FKSW yang telah memberikan kerjasama, saranan dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Mereka akan bergraduat tahun ini (2016)....semoga apa yang mereka pelajari akan dapat membantu dalam menghadapi kehidupan yang lebih mencabar..InshaAllah.


KHIDMAT KOMUNITI AG20803 2015/2016

KHIDMAT KOMUNITI AG20803 2015/2016









Khidmat komuniti berbentuk program pameran dijalankan secara tahuan dalam kursus AG20803 Biogeografi. Tujuannya adalah untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat tentang kebergantunga dan hubungan manusia dengan sumber  daripada sistem biosfera. Di samping itu, pelajar dapat didedahkan dengan kemahiran komunikasi dalam menyampaikan hasil kajian kes di lapangan dan sekaligus menerapkan budaya perkongsian ilmu dengan orang ramai. Walaupun sasaran utama pameran ini adalah di kalangan warga FKSW, namun ia merupakan langkah permulaan yang baik sebagai pendedahan kepada pelajar yang terlibat.

Kursus ini bukan sahaja disertai oleh pelajar daripada program geografi, tetapi juga pelajarelektif daripada program Komunikasi, Sejarah dan Sosiologi dan Antropologi. Ini memperkayakan idea dan maklumat dari perspektif biogeografi.

Antara bahan pameran yang dikongsikan adalah poster dapatan kajian pelajar, tumbuhan ubatan yang digunakan oleh masyarakat, khususnya yang dijual di tamu serta bahan-bahan tambahan lain yang boleh menjelaskan tantang gubungan manusia dan sistem biosfera.

Syabas pelajar!

Selamat datang wahai ahli-ahli Geografi Muda
(Pelajar baru Program Geografi, Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah)


Monday, 23 May 2016

Tahniah Pelajar AG20803 Biogeografi atas penganjuran Pameran bagi tujuan Khidmat Komuniti

Tahniah kepada pelajar AG20803 kerana telah menganjurkan pameran ini dengan jayanya. 
Terima kasih kepada semua warga Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan yang sudi singgah dan memberikan komen dan saranan.

Sesungguhnya tujuan program ini adalah untuk berkongsi dapatan dan maklumat berkaitan sistem biosfera berdasarkan kajian kes di kawasan kajian yang dipilih.  Program ini diyakini dapat memupuk kesedaran tentang nilai sumber daripada sistem biosfera. Ini juga sebagai langkah awal bagi mendedahkan pelajar kepada kemahiran penyampaian maklumat berkesan serta komunikasi yang efektif. Semoga ini dapat membekalkan pelajar dengan ilmu dan pengalaman dalam menghadapi dunia pekerjaan kelak.

"Mulakan yang kecil untuk memperolehi yang besar"